Tuesday, December 21, 2010

NOVEL: KOTAK HATI (BAB 7)

Selang beberapa hari selepas keputusan pertandingan itu diumumkan, Sofea sudah bersedia untuk membuat persiapan bagi pertandingan Sajak Peringkat Negeri. Dia amat bertuah kerana kedua orang tuanya amat memberi sokongan serta galakan yang padu. Sedang Sofea duduk mengelamun di meja tulisnya tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil oleh ayahnya 'Pia! Pia! Ni ha, ada mangkuk mana pula call kat handphone ayah ni'. Mendengar ayahnya berteriak, Sofea segera bergegas menuju ke ruang tamu rumahnya. Dia merungut kecil di dalam hatinya. 'Hish, potong line je orang nak berkhayal'. Sofea mengatur langkah berhati-hati semasa menuruni anak-anak tangga.
Dia segera menuju ke arah ayahnya yang sedang duduk di cushion ruang tamu rumahnya. Sofea segera bersuara, 'Siapa yang call tadi ayah?'.'Ntah lah? Lelaki mana entah nak bercakap dengan Pia! Hish!', ayahnya merungut dengan nada yang geram. Sofea segera mengambil telefon bimbit dari tangan ayahnya tanpa berkata panjang,lalu dia berlari-lari anak menuju ke biliknya. Ayahnya hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan telatah anak gadisnya yang semakin meningkat dewasa itu.



'Hello, Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa di sana?', Sofea menjawab telefon dengan suara yang lembut sambil mengunci pintu biliknya.'Hehehehe..... Waalaikumussalam.... Aduh! Garang benar ye ayah awak tu. Takut saya dibuatnya.' Shafiq menjawab salam sambil menahan ketawanya. Dia geli hati dengan insiden yang belaku tadi. "Boleh saya tahu ini siapa?" Sofea cuba mendapatkan kepastian."Aik? Tak kenal? Tak kenal maka tak cinta.Haha..Ni Syafiq lah"gurau Syafiq selamba."Maafkan saya,Syafiq mana ya?"Sofea cuba memerah otaknya memproses maklumat tentang kenalan lelaki yang pernah ditemuinya."Oh,saya dah ingat! Ni Syafiq yang masuk pertandingan sajak tu kan? Hehe..Maafkan saya,tadi saya kurang perasan suara awak dalam telefon.Lain benar bunyinya",Sofea segera ingin menutup malunya kerana terlupa akan lelaki tersebut."Haa..Ingat pun.Betullah ini saya yang sedang bercakap di talian. Awak sihat?," Syafiq hanya betanyakan soalan common kerana sebenarnya lidahnya kelu apabila mendengar suara gadis yang mula mendapat tempat di hatinya sejak kali pertama mereka bertemu. 'Saya sihat.Alhamdulillah. Awak sihat?', jawab Sofea. Dia tidak tahu apa yang ingin dituturkan dengan lelaki tersebut. Janggal rasanya mendengar suara lelaki di hujung talian kerana sebelum ini dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana lelaki di telefon. Sewaktu bersama Eddy dahulu pun dia hanya berbalas mesej pesanan ringkas (SMS).'Saya pun sihat juga. Sebenarnya tujuan saya menelefon awak ni sebab nak tanya fasal Pertandingan Sajak tempoh hari. Saya rasa,awak mesti jadi Johan kan?',Syafiq membuat jangkaan kerana dia merasakan bahawa Sofea memang layak untuk menjadi Sang Juara dek kerana deklamasi sajaknya yang mantap tempoh hari.' Err..Tak ada lah Syafiq.Saya menang pun sebab nasib sahaja.Ramai lagi peserta yang berbakat dan hebat', ujar Sofea merendah diri. Itu sudah menjadi kebiasaannya, apabila dipuji,pasti Sofea akan merendah diri.

Tuesday, October 5, 2010

NOVEL: KOTAK HATI (BAB 6)

Syafiq dan Sofea begitu gembira pada petemuan mereka yang pertama kalinya. Mereka menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri masing-masing. Namun, tidak begitu mendalam. Sedang mereka berdua sibuk bercerita, tiba-tiba terdengar suara wanita yang amat mereka kenali dan suara itu semakin lama,semakin menghampiri mereka. "Sofea, Cikgu Marlia dan Syafiq akan tumpang sampai sekolah kita tau. Sebab kebetulan Cikgu Marlia ni, tak bawa kereta," ujar Puan Aziah dengan lembut. "Ok,cikgu!"balas Sofea sambil melemparkan senyumannya yang menawan. Tambahan pula Sofea mempunyai lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Senyumannya tadi telah menampakkan lekukkan lesung pipitnya yang menambah seri di wajah Sofea. Dalam pada masa yang sama, sepasang mata lain sedang mencuri pandang wajah Sofea. Pandangan yang amat tajam sehingga tidak berkelip mata itu melihat Sofea. Jauh di lubuk hati pemilik sepasang mata tersebut, tersemat perasaan yang tak mampu di rungkainya. Perasaan selesa, gembira, bahagia, tenang dan berdebar-debar apabila bedampingan dengan Sofea. Perasaan itu membawanya jauh mengelamun ke alam pemikiran sendiri."Syafiq?Syafiq??Kamu okay ke?," Puan Marlia memanggil-manggil Syafiq yang dari tadi kelihatan kaku.Namun, tiada respon diberikan."Syafiq!!!" Puan Malia memekik ke arah telinga Syafiq sehingga orang lain yang berada di kantin tersebut mamandang ke arah? ada kebakaran ke??", Syafiq bersuara akhirnya dan kelihatan terpingga-pingga. "Eh, awak ni.Cikgu panggil awak sebab dari tadi awak sibuk mengelamun,"Puan Marlia menegur Syafiq. "Sorry, cikgu. Saya busy berfikir tadi. Hehe..," kata Syafiq sambil tersengeh dan menggaru-garukan kepalanya serta menyilangkan kedua-dua kakinya."Awak ni, ada-ada saja. Berfikir pun boleh busy ke?," Puan Marlia menjegilkan matanya yang bundar itu sambil beredar dari kantin tersebut menuju ke arah kereta Puan Aziah yang di letakkan berhampiran dengan kantin. "Jemputlah naik cikgu," Puan Aziah mempelawa Puan Marlia untuk menaiki kereta kancil kesayangannya. Oleh kerana Puan Marlia duduk di kerusi bahagian bersebelahan pemandu, Sofea dan Syafiq perlu duduk di bahagian tempat belakang. Sepanjang perjalanan itu, Sofea dan Syafiq langsung tidak bersuara, 'malu-malu kucinglah katakan', akan tetapi jauh di sudut hati Sofea dia merasakan kegembiraan yang tidak terhingga apabila mendapat teman baru dan perasaannya bedebar-debar apabila menatap wajah Syafiq. Mereka hanya terdiam membisu, manakala suara Puan Aziah dan Puan Marlia yang sememangnya sedang rancak bersembang telah memecah kesunyian. Sekolah Sofea merupakan Tuan Rumah Pertandingan PPDa tersebut dan sekolahnya tidak jauh jaraknya dari sekolah yang mana pertandingan sajak tersebut diadakan, jadi perjalanan mengambil masa hanya lima minit untuk sampai ke sekolah Sofea.Setibanya mereka di SMK Taman Indah, mereka turun dari kereta milik Puan Aziah dan menuju ke arah dewan, tempat di mana penyampaian hadiah akan dijalankan. Puan Aziah meminta diri kerana ada urusan yang hendak diselesaikan.Tidak lama kemudian, Puan Marlia juga meminta diri untuk beredar.Lalu berkata kepada Sofea," Sofea, cikgu balik dulu ya. Maaflah sebab cikgu tak boleh tunggu sampai habis acara. Cikgu ada hal yang nak diselesaikan di sekolah cikgu,"." Baiklah, cikgu. Terima kasih sebab sudi datang ke sekolah kami cikgu," kata Sofea sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita awal 30-an tersebut. Sofea terpandangkan wajah Syafiq yang kelihatan suggul apabila cikgunya ingin pulang cepat dan segera membalasnya dengan senyuman mesra. Di dalam hati Syafiq, rasanya bagai tidak mahu pulang. Tidak puas baginya menatap wajah Sofea yang baru dikenalinya beberapa jam yang lalu."Sama-sama, Sofea. Sofea, awak ada nombor telefon tak? boleh bagi dekat Syafiq. Manalah tahu, boleh contact lagi lepas ini,"Puan Marlia menyahut salaman Sofea lalu, meminta nombor telefonnya bagi pihak Syafiq. Syafiq memandang Puan Marlia dalam keadaan terpingga-pingga kerana setahunya, dia tidak pernah meminta tolong daipada gurunya untuk mendapatkan nombor telefon Sofea."Ada,boleh cikgu. Sekejap ya,"Sofea besetuju dan terus mengambil kertas dari dalam begnya,lalu,Sofea menulis nombor telefonnya di atas kertas tersebut."Ini dia cikgu. Ada 2 nombor telefon. Nombor yang bahagian atas ni, saya guna tapi kadang-kadang ayah saya guna juga. Yang bahagian bawah ni direct boleh cakap terus dengan saya,"terang Sofea sambil menunjukkan satu persatu ke arah nombor yang tertera di kertas tersebut."Ok. Terima kasih Sofea," Syafiq dan Puan Marlia bekata serentak. "Kami beransur dahulu ya. Kirim salam cikgu pada Cikgu Aziah. Assalamualaikum," Puan Marlia berkata sebelum mengundur diri. "Ok, cikgu. Waalaikumussalam," Sofea membalas dengan wajah yang manis sambil melihat mereka beredar. Namun dia masih tertanya-tanya mengapa Puan Marlia meminta nombor telefonnya bagi pihak Syafiq. Kalau diikutkan, Syafiq tidak sekali menunjukkan reaksi seperti menginginkan nombor telefonnya. Pertanyaan itu masih lagi bersarang di kotak fikiran Sofea sehinggalah dia mendengar "Soffffeeeaaaa...Cepat! Kau menang, kau johan...!" Safina berteriak lantang.

Monday, January 4, 2010

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 5).

Bulan demi bulan berlalu. Hubungan Eddy dan Sofea yang dahulunya akrab,kini sudah menjadi semakin renggang. Eddy semakin tertekan dengan peperiksaan SPM yang semakin hampir,Sofea pula menjadi tertekan kerana perhatian Eddy terhadapnya semakin berkurang dan kariernya pula semakin memberangsangkan. Sofea risau jikalau prestasi akademiknya tidak dapat dikekalkan.Lama-kelamaan Eddy semakin menghilang dari diri Sofea. Eddy tidak langsung berhubung dengan Sofea. Tidak tahu apa masalahnya, tiba-tiba sahaja bahagia menjadi derita dalam hidup Sofea.

****************************************************************************************
Dalam hati yang keretakan, Sofea menggagahkan diri untuk menyertai Pertandingan Sajak Peringkat Zon Bangsar tahun 2008 pada bulan Julai. Guru-gurunya memberikan seratus peratus kepercayaan kepadanya.Sofea memasuki kelas di mana pertandingan akan diadakan.
Sofea yang ditemani oleh Puan Aziah,memilih untuk duduk di bahagian hadapan kerana lebih senang untuk mereka tonton persembahan peserta-peserta lain.Oleh kerana mereka tiba lebih awal dari waktu yang ditetapkan, mereka terpaksa menunggu kehadiran para juri dan peserta-peserta lain. "Sofea..kamu ada bawa teks sajak tak?",Puan Aziah bertanya kepada Sofea. "Ada cikgu,dalam beg.Sekejap ye cikgu,biar saya cari",balas Sofea sambil tangannya meraba-raba ke celah poket beg sandangnya."Eh,mana ni? tak kan pulak tak ada. Aku rasa aku dah selit dekat celah poket beg ni tadi?", getus hati Sofea yang mulai risau mengenai teks sajaknya yang terlalu berharga dan bernilai baginya. Sofea meraba-raba pula kocek blazer pengawasnya. "Hah! kat sini pun engkau teks sajak. Kalau hilang, mati aku dibuatnya", Sofea mengomel sendiran sambil diperhatikan gelagatnya oleh Puan Aziah. Sedang Sofea sibuk menghafaz sajaknya di dalam hati, tiba-tiba matanya tertumpu kepada seseorang yang muncul di ambang pintu. Seorang jejaka yang berperawakan Cina, memakai blazer berwarna biru gelap serta berkemeja biru, bersepatu hitam berkilat dan mempunyai senyuman yang manis. Dia berjalan beriringan bersama dengan seorang wanita sederhana tinggi dan hitam manis orangnya. Di name tag wanita tersebut tertera nama Marlia. Dari gayanya, Sofea dapat menangkap bahawa wanita tesebut merupakan seorang guru." Tumpang tanya, ada sesiapa duduk dekat kerusi ni?",wanita tersebut bersuara sambil mendekati dua buah kerusi yang ada bersebelahan dengan tempat duduk Puan Aziah."Silakan duduk, Puan .....err???" , Puan Aziah menjemput wanita tersebut duduk bersama anak muridnya,akan tetapi Puan Aziah tidak mengetahui nama wanita tersebut. "Terima kasih, nama saya Marlia dari Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle", ujar Puan Marlia ringkas. Lantas Puan Marlia dan muridnya itu melabuhkan punggung mereka di atas kerusi kayu tersebut. Namun begitu, tanpa mereka sedari, ekor mata Sofea menjeling ke arah kedua-dua orang yang baru ditemuinya itu. Sofea menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Puan Marlia dan mencium tangan wanita tersebut.
Sebelum pertandingan bermula, Puan Aziah dan Puan Marlia besembang panjang. Mereka kelihatan tidak berapa peduli tentang anak murid masing-masing. Sedang mereka semua leka melakukan aktiviti masing-masing, tiba-tiba juruacara majlis telah mengumumkan bahawa pertandingan tersebut akan dimulakan. Sofea yang tadinya tenang, mula menggelabah, jantungnya berdegup kencang bagaikan hendak keluar dari tubuhnya. "Huh.... Nervous lah pulak!" Sofea bermonolog sendirian sambil menggosokkan kedua-dua belah telapak tangannya yang sejuknya umpama ais di Kutub Utara. Satu demi persatu peserta dipanggil nama untuk mendeklamasikan sajak mereka. Kini, tiba giliran pelajar lelaki yang datang dari Sekolah La Salle itu. Dia memperkemaskan langkah menuju ke hadapan penonton. Dia pun memulakan deklamasi sajaknya. Sofea sangat teruja apabila mendengarnya. Namun begitu, tidak sampai 2 baris sajak, dia tehenti seketika dan mula memandang ke arah syiling,dinding kelas tersebut, muka para penonton dan terus memandang tepat ke wajah Sofea. Sofea cuba untuk membantu meyakinkan pelajar tersebut dengan memberi isyarat supaya pelajar tersebut meneruskan pendeklamasiannya. Pelajar itu berjaya menyambung 3 patah perkataan dan kali ini terhenti lagi,lalu menepuk kuat dahinya. Gelagatnya itu ditertawakan oleh penonton yang lain. Dari sudut pandangan berbeza, Sofea berasa kasihan kepada pelajar lelaki tersebut dan membayangkan dirinya jika berada dalam situasi yang sama. Dalam sibuk memikirkan situasi yang buruk itu, Sofea masih lagi mencuba memberi isyarat kepada pelajar tersebut untuk meneruskannya. Pelajar tersebut pun cuba mengumpulkan keyakinan sebanyak mungkin untuk terus berjuang supaya tidak terus ditertawakan. Dia akhirnya berjaya menghabiskan sajak itu,walaupun hanya sekadar 2 rangkap setengah sahaja. " Tak mengapa Syafiq, kamu dah cuba yang terbaik. Cikgu tetap berbangga dengan kamu kerana mampu menghabiskan sajak itu," Puan Marlia memberi keyakinan kepada pelajar tersebut. Pun begitu, mukanya kelihatan hampa.
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, Sofea mengatur cantik langkahnya menuju ke bahagian hadapan kelas tersebut. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghelanya nafas yang panjang sebelum memulakan deklamasi sajaknya. Keyakinan jelas terpancar di wajah Sofea Diana Bt. Sulaiman. Dia memulakan sajak dengan aliran yang baik tanpa cacat celanya. Para juri dan penonton bagaikan terpukau melihatkan ketokohan Sofea sewaktu bersajak. Tidak hairanlah jika dia yang selalu merangkul kejuaraan bagi pertandingan ini. Selesai sajak tersebut, maka telah selesailah penyeksaan mental bagi Sofea. Sofea bersama Puan Aziah, Puan Marlia dan pelajar lelaki tersebut mula beredar dari kelas tersebut setelah persembahan peserta terakhir berakhir. Mereka menuju ke kantin yang terletak bersebelahan dengan Blok C sekolah tempat pertandingan sajak diadakan. "Kamu berdua duduk sini baik-baik ya, makan sam-sama tau.Cikgu dan Cikgu Marlia nak pergi makan dekat dalam Bilik makan guru,"arah Puan Aziah kepada Sofea dan pelajar lelaki tersebut. Mereka berdua terpinga-pinga sambil menganggukkan kepala mereka. Mereka bejalan ke tempat makanan disediakan tanpa mengeluarkan sepatah bicara. Mereka telah memilih tempat duduk menghadap padang sekolah tersebut." Aaa..,"mereka mengeluarkan kata-kata serentak."Na..ma??,"sekali lagi mereka mengeluarkan perkataan yang sama serentak." Eh, tak apalah. Awak dulu lah yang cakap," pelajar tersebut meminta Sofea bercakap terlebih dahulu."Eh, tak payahlah. Awaklah dulu...," balas Sofea sambil tersenyum. "No.. you first..,ladies first,"pelajar tersebut berbicara."It's okay. Awak dululah",ujar Sofea. "Aaaa...," buat kali ketiganya mereka mengeluarkan kata-kata serentak. Lantas, mereka berdua tertawa. Lalu, Sofea terus bertanyakan soalan "Boleh saya tahu nama awak?". " Nama saya Syafiq Hairizal, Form 5, Sekolah La Salle,and..... nama awak Sofea kan??" Syafiq memperkenalkan dirinya serta memberitahu Sofea nama Sofea. Sofea terkejut seketika. "Aik, macam mana awak tahu nama saya? Saya belum bagi tahu lagi. Wow! Fantastic," kata Sofea kaget."Tu..tanda nama awak...hehe,"Syafiq berkata sambil menghalakan jarinya ke arah tanda nama Sofea."Yelah... tak perasan pulak! Pandai awak ni buat saya terpegun," Sofea begitu terhibur sebenarnya dengan cara Syafiq memperkenalkan diri.