Dia segera menuju ke arah ayahnya yang sedang duduk di cushion ruang tamu rumahnya. Sofea segera bersuara, 'Siapa yang call tadi ayah?'.'Ntah lah? Lelaki mana entah nak bercakap dengan Pia! Hish!', ayahnya merungut dengan nada yang geram. Sofea segera mengambil telefon bimbit dari tangan ayahnya tanpa berkata panjang,lalu dia berlari-lari anak menuju ke biliknya. Ayahnya hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan telatah anak gadisnya yang semakin meningkat dewasa itu.
'Hello, Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa di sana?', Sofea menjawab telefon dengan suara yang lembut sambil mengunci pintu biliknya.'Hehehehe..... Waalaikumussalam.... Aduh! Garang benar ye ayah awak tu. Takut saya dibuatnya.' Shafiq menjawab salam sambil menahan ketawanya. Dia geli hati dengan insiden yang belaku tadi. "Boleh saya tahu ini siapa?" Sofea cuba mendapatkan kepastian."Aik? Tak kenal? Tak kenal maka tak cinta.Haha..Ni Syafiq lah"gurau Syafiq selamba."Maafkan saya,Syafiq mana ya?"Sofea cuba memerah otaknya memproses maklumat tentang kenalan lelaki yang pernah ditemuinya."Oh,saya dah ingat! Ni Syafiq yang masuk pertandingan sajak tu kan? Hehe..Maafkan saya,tadi saya kurang perasan suara awak dalam telefon.Lain benar bunyinya",Sofea segera ingin menutup malunya kerana terlupa akan lelaki tersebut."Haa..Ingat pun.Betullah ini saya yang sedang bercakap di talian. Awak sihat?," Syafiq hanya betanyakan soalan common kerana sebenarnya lidahnya kelu apabila mendengar suara gadis yang mula mendapat tempat di hatinya sejak kali pertama mereka bertemu. 'Saya sihat.Alhamdulillah. Awak sihat?', jawab Sofea. Dia tidak tahu apa yang ingin dituturkan dengan lelaki tersebut. Janggal rasanya mendengar suara lelaki di hujung talian kerana sebelum ini dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana lelaki di telefon. Sewaktu bersama Eddy dahulu pun dia hanya berbalas mesej pesanan ringkas (SMS).'Saya pun sihat juga. Sebenarnya tujuan saya menelefon awak ni sebab nak tanya fasal Pertandingan Sajak tempoh hari. Saya rasa,awak mesti jadi Johan kan?',Syafiq membuat jangkaan kerana dia merasakan bahawa Sofea memang layak untuk menjadi Sang Juara dek kerana deklamasi sajaknya yang mantap tempoh hari.' Err..Tak ada lah Syafiq.Saya menang pun sebab nasib sahaja.Ramai lagi peserta yang berbakat dan hebat', ujar Sofea merendah diri. Itu sudah menjadi kebiasaannya, apabila dipuji,pasti Sofea akan merendah diri.
No comments:
Post a Comment