Tuesday, October 5, 2010

NOVEL: KOTAK HATI (BAB 6)

Syafiq dan Sofea begitu gembira pada petemuan mereka yang pertama kalinya. Mereka menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri masing-masing. Namun, tidak begitu mendalam. Sedang mereka berdua sibuk bercerita, tiba-tiba terdengar suara wanita yang amat mereka kenali dan suara itu semakin lama,semakin menghampiri mereka. "Sofea, Cikgu Marlia dan Syafiq akan tumpang sampai sekolah kita tau. Sebab kebetulan Cikgu Marlia ni, tak bawa kereta," ujar Puan Aziah dengan lembut. "Ok,cikgu!"balas Sofea sambil melemparkan senyumannya yang menawan. Tambahan pula Sofea mempunyai lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Senyumannya tadi telah menampakkan lekukkan lesung pipitnya yang menambah seri di wajah Sofea. Dalam pada masa yang sama, sepasang mata lain sedang mencuri pandang wajah Sofea. Pandangan yang amat tajam sehingga tidak berkelip mata itu melihat Sofea. Jauh di lubuk hati pemilik sepasang mata tersebut, tersemat perasaan yang tak mampu di rungkainya. Perasaan selesa, gembira, bahagia, tenang dan berdebar-debar apabila bedampingan dengan Sofea. Perasaan itu membawanya jauh mengelamun ke alam pemikiran sendiri."Syafiq?Syafiq??Kamu okay ke?," Puan Marlia memanggil-manggil Syafiq yang dari tadi kelihatan kaku.Namun, tiada respon diberikan."Syafiq!!!" Puan Malia memekik ke arah telinga Syafiq sehingga orang lain yang berada di kantin tersebut mamandang ke arah? ada kebakaran ke??", Syafiq bersuara akhirnya dan kelihatan terpingga-pingga. "Eh, awak ni.Cikgu panggil awak sebab dari tadi awak sibuk mengelamun,"Puan Marlia menegur Syafiq. "Sorry, cikgu. Saya busy berfikir tadi. Hehe..," kata Syafiq sambil tersengeh dan menggaru-garukan kepalanya serta menyilangkan kedua-dua kakinya."Awak ni, ada-ada saja. Berfikir pun boleh busy ke?," Puan Marlia menjegilkan matanya yang bundar itu sambil beredar dari kantin tersebut menuju ke arah kereta Puan Aziah yang di letakkan berhampiran dengan kantin. "Jemputlah naik cikgu," Puan Aziah mempelawa Puan Marlia untuk menaiki kereta kancil kesayangannya. Oleh kerana Puan Marlia duduk di kerusi bahagian bersebelahan pemandu, Sofea dan Syafiq perlu duduk di bahagian tempat belakang. Sepanjang perjalanan itu, Sofea dan Syafiq langsung tidak bersuara, 'malu-malu kucinglah katakan', akan tetapi jauh di sudut hati Sofea dia merasakan kegembiraan yang tidak terhingga apabila mendapat teman baru dan perasaannya bedebar-debar apabila menatap wajah Syafiq. Mereka hanya terdiam membisu, manakala suara Puan Aziah dan Puan Marlia yang sememangnya sedang rancak bersembang telah memecah kesunyian. Sekolah Sofea merupakan Tuan Rumah Pertandingan PPDa tersebut dan sekolahnya tidak jauh jaraknya dari sekolah yang mana pertandingan sajak tersebut diadakan, jadi perjalanan mengambil masa hanya lima minit untuk sampai ke sekolah Sofea.Setibanya mereka di SMK Taman Indah, mereka turun dari kereta milik Puan Aziah dan menuju ke arah dewan, tempat di mana penyampaian hadiah akan dijalankan. Puan Aziah meminta diri kerana ada urusan yang hendak diselesaikan.Tidak lama kemudian, Puan Marlia juga meminta diri untuk beredar.Lalu berkata kepada Sofea," Sofea, cikgu balik dulu ya. Maaflah sebab cikgu tak boleh tunggu sampai habis acara. Cikgu ada hal yang nak diselesaikan di sekolah cikgu,"." Baiklah, cikgu. Terima kasih sebab sudi datang ke sekolah kami cikgu," kata Sofea sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita awal 30-an tersebut. Sofea terpandangkan wajah Syafiq yang kelihatan suggul apabila cikgunya ingin pulang cepat dan segera membalasnya dengan senyuman mesra. Di dalam hati Syafiq, rasanya bagai tidak mahu pulang. Tidak puas baginya menatap wajah Sofea yang baru dikenalinya beberapa jam yang lalu."Sama-sama, Sofea. Sofea, awak ada nombor telefon tak? boleh bagi dekat Syafiq. Manalah tahu, boleh contact lagi lepas ini,"Puan Marlia menyahut salaman Sofea lalu, meminta nombor telefonnya bagi pihak Syafiq. Syafiq memandang Puan Marlia dalam keadaan terpingga-pingga kerana setahunya, dia tidak pernah meminta tolong daipada gurunya untuk mendapatkan nombor telefon Sofea."Ada,boleh cikgu. Sekejap ya,"Sofea besetuju dan terus mengambil kertas dari dalam begnya,lalu,Sofea menulis nombor telefonnya di atas kertas tersebut."Ini dia cikgu. Ada 2 nombor telefon. Nombor yang bahagian atas ni, saya guna tapi kadang-kadang ayah saya guna juga. Yang bahagian bawah ni direct boleh cakap terus dengan saya,"terang Sofea sambil menunjukkan satu persatu ke arah nombor yang tertera di kertas tersebut."Ok. Terima kasih Sofea," Syafiq dan Puan Marlia bekata serentak. "Kami beransur dahulu ya. Kirim salam cikgu pada Cikgu Aziah. Assalamualaikum," Puan Marlia berkata sebelum mengundur diri. "Ok, cikgu. Waalaikumussalam," Sofea membalas dengan wajah yang manis sambil melihat mereka beredar. Namun dia masih tertanya-tanya mengapa Puan Marlia meminta nombor telefonnya bagi pihak Syafiq. Kalau diikutkan, Syafiq tidak sekali menunjukkan reaksi seperti menginginkan nombor telefonnya. Pertanyaan itu masih lagi bersarang di kotak fikiran Sofea sehinggalah dia mendengar "Soffffeeeaaaa...Cepat! Kau menang, kau johan...!" Safina berteriak lantang.

No comments: