Saturday, December 19, 2009

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 4).

                    Angin bulan Mei menghembus ke segenap pelusuk kelas 2M. Sofea  sedang asyik terhendap-hendap melihat kawasan pagar sekolah dari tempat duduknya di dalam kelas. Kebetulan kelasnya terletak betul-betul menghadap kawasan pintu masuk sekolah tersebut. "Pia, skodeng siapa tu? Cari Abang Eddy ke?",Farisha Allysa bersuara. "Mana ada lah Farisha. Kita just tengok budak-budak sesi pagi balik. Mana lah tahu. Untung-untung boleh nampak My Charming Prince ke?hehe." Sofea berjenaka."Ok,ok. Kita doakan."Farisha membalas dengan lembut. Farisha merupakan teman baik kepada Ruby Melinda. Mereka diibaratkan seperti belangkas. Di mana ada Ruby, di situ ada Farisha."Pia, Farisha! Buat apa tu? Kutuk kita eh? Cikgu dah masuklah. Jangan bersembang lagi",Ruby mencelah. "Baiklah Cik Puan Ruby!",Sofea dan Farisha menjawab serentak.
                  
                                                                                ***************************************

                       "Pia, kau serius ke dengan si Eddy tu? Kau tahu tak cerita pasal kau dengan Eddy dah tersebar dekat semua pengawas. Aku rasa Puan Sheila pun dah start syak something", ujar Safina Mahatzir."Ya,ke?". Sofea yang sedang khusyuk menjamah nasi lemak itu seakan tersentak."Fina,mana kau tahu ni?Fina tolonglah aku. Aku memang betul-betul serius dengan dia tapi aku tak nak sampai cikgu-cikgu pun tahu pasal aku dan Eddy".Sofea menjawab dengan kesal."Tu lah... Siapa suruh hari-hari datang sekolah awal-awal sebab nak tengok Eddy, kan cikgu dah syak",sindir Safina."Laa... Hari-hari aku datang sekolah awal pun aku pergi library apa? Bukan aku terhegeh-hegeh cari Eddy. Just tengok dari jarak jauh je",balas Sofea dengan selamba sambil tersengih."Apa-apa aje lah minah ni.By the way, Majlis Sambutan Hari Guru nanti, Badan Pengawas yang uruskan kan?"Safina bertanyakan Sofea soalan tersebut dengan wajah yang benar-benar ingin tahu."I think so. Yahoo! Boleh aku bekerjasama dengan Eddy nanti. I like!", Sofea teruja. "Krrrrinnngggg...",loceng rehat pelajar-palajar Tingkatan 2 berbunyi, menghentikan perbualan mereka berdua.

                                                     *********************************

              "Pia..Nanti kau buat persembahan tak masa Hari Guru tu?"Farah Sabri bertanya kepada Sofea."Ermm.. Aku rasa ya kot.Tapi mungkin aku seorang sahajalah",Sofea menerangkan dengan muka penuh bersemangat."Yes.. dapat juga aku dengar kau bersajak nantikan. Sajak penuh emosi untuk 'EDDY'  kesayangan kau tu!Hehe..".Farah memerli Sofea.Mereka berdua hanya tertawa dengan jenaka Farah tersebut."Sayangku,berdua... Korang ingat tau,esok ada perjumpaan pengawas dekat kantin sebelum waktu sekolah,"Safina mencelah. "Alright!" Sofea dan Farah menjawab serentak. "Tapi kan korang..aku ada benda nak cakap sikit ni. Eddy...Suruh aku kenakan classmate dia..Someone yang dia anggap namesis dia.. Nama budak tu Zayrul Elfy. Dia suruh aku menyamar jadi budak sekolah lain. Then, goda si Zayrul tu,lepas tu hancurkan perasaan dia.Help me!Please.. I don't know what to do?",Sofea merayu memohon pertolongan teman-temannya."Eh! tu bukan ke Tukang Karut Sekolah kita kan?,"Farah terfikir sejenak."Aku tak tahu Pia.No comment. Suka hati kaulah,Pia..."Safina hanya menggelengkan kepalanya.
                             
                                              ***************************************
                    "Okey, itu sahaja untuk hari ini. Abang Ezzad rasa, tak ada apa-apa lagi nak tambah kot.Erm...Cuma Pia pergi ambil senarai nama pengawas sesi petang pada Abang Eddy. Dia ada di bilik pengawas".Sofea hanya menurut arahan Ketua Pengawas sesi pagi tersebut.Sofea mengatur langkahnya menuju ke bilik pengawas.Dia muncul di ambang pintu. Akan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Eddy yang berada dalam bilik tersebut bersama-sama beberapa orang pengawas lain.Dia segera menyembunyikan diri di celah pintu.Dia merasakan dirinya seperti di awang-awangan."Hi.."..Eddy menyapa Sofea dari celah tingkap."Hi,dear.."Eddy bersuara lagi.Tetapi kelihatannya tiada respon daripada Sofea. Sofea begitu asyik sekali mengelamun."Hello...sayangku...!".Eddy cuba berbisik di telinga Sofea. Sofea menoleh ke belakang dan dilihatnya jejaka idamannya di depan mata."Whoa..I'm sorry.. I didn't noticed you were here just now. I'm so sorry.Anyway, Abang Ezzad asked me to take the prefects name lists from you".Sofea malu-malu kucing.Begitu juga dengan Eddy."Ok,here you have it! Anything else?"Eddy menghulurkan senarai nama tersebut kepada Sofea.Mereka berdua hanya tersenyum,tertawa sambil menatap mata masing-masing. Perasaan yang tidak pernah dirasai mereka sebelum ini.
                          
                  

Tuesday, December 8, 2009

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 3).

                         Keesokkan harinya, Sofea datang ke sekolah lebih awal dari hari-hari sebelumnya. Sofea segera menjengah ke kelas 5S1 untuk mendapatkan kakak angkatnya iaitu Kak Salwa. Kak Salwa kelihatan agak kasar dari segi fizikalnya, namun begitu, dia amat memahami dan prihatin soal Sofea."Mana pelajar kelas ni pergi ye?",Sofea berkata sendiri dalam hatinya. "Hmm...I got an idea!" Sofea mencuri-curi masuk ke kelas yang tiada orang itu dan segera melihat jadual kelas tersebut."Waktu ke tiga, English.. Waktu ke empat, Biologi. Ni  mesti mereka dekat makmal Bio ni!". Sofea bergegas menuruni anak-anak tangga di Blok C menuju ke Blok A,di mana makmal Biologi terletak di tingkat satu di blok tersebut.

                              Sofea yang masih lagi tercungap-cungap,mucul di ambang pintu makmal tersebut. Sofea memberi salam dan mengetuk pintu makmal tersebut yang dicat dengan warna coklat tua."Waalaikumussalam. Ya,Sofea. Ada apa?" Puan Sheila yang sedang rancak mengajar terhenti seketika."Cikgu, boleh saya jumpa dengan Kak Salwa sekejap?".Sofea berlagak yakin khalayak kelas 5S1.Matanya meliar memandang sekeliling makmal itu. Dia ingin mencari jejaka yang telah menambat hatinya itu.Tidak lama kemudian mucul Kak Salwa diambang pintu."Ha,cari siapa tu,dik?".Kak Salwa mengajukan soalan kepada Sofea."Ni yang adik susah sikit nak cakap ni kak.Hal peribadi.Antara hidup dan mati."Sofea mengucapkan kata-katanya dengan nada tegas."Bunyi macam serius je dik.Adik sakit ke?Ada apa-apa yang boleh akak bantu adik?",Kak Salwa mengerutkan dahinya."Memang adik sangat-sangat perlukan bantuan akak.Boleh akak tolong adik dapatkan nombor telefon Abang Eddy."Sofea akhirnya jujur."Oh,kenapa tak beritahu akak awal-awal.Akak tak ada nombor dia.Tapi akak boleh tolong minta kan nombor daripada dia sendiri."Kak Salwa memberi harapan kepada Sofea."Kak,Abang Eddy tak datang ke hari ini?"."Ooo..Eddy demam.Ni kenapa tanya?Mesti adik ada hati dekat Eddy kan?",Kak Salwa cuba memerangkap Sofea."Ish,Kak Wa ni!ke situ pulak dia. Mana ada,adik nak berkenalan je. Tapi kasihankan dia demam".Sofea menunjukkan riak emosi simpati."Pheweet...."Kak Salwa menyindir."Dahlah akak ni pergi masuk dalam,pergi belajar!".Sofea mencebik muka dan terus beredar dari makmal itu.


                                                                                             * * * * * * * * * * * * *

                                     "Tingg...tingg..tingg".Bunyi telefon bimbit Sofea mengejutkannya daripada tangisannya itu. Sofea sebenarnya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan kariernya sebagai pelakon atau pun tidak. Dia menjadi tidak keruan selepas membaca artikel yang diberikan oleh Amin mengenai 'Planet Nibiru' dan kiamat. Sofea menjadi separuh waras,meracau bagai dirasuk iblis. Memikirkan amal ibadatnya yang tidak pernah cukup. Namun begitu,mesej yang baru sahaja diterimanya itu amat menggembirakan Sofea. Dia menerima mesej daripada Kak Salwa yang mengandungi nombor telefon Eddy. Dia segera menghantar SMS tanda terima kasih yang tidak terhingganya kepada Kak Salwa. Sejurus kemudian, dia mengambil keputusan untuk meghantar mesej sulungnya kepada Eddy. Lelaki pujaan hatinya. 'Hi,Eddy,still remember me?'.Eddy yang sedang makan merasakan seperti poket seluarnya bergetar.Dia segera mengeluarkan telefon bimbit canggihnya itu dari poket seluar berjenama Quicksilver  itu. Eddy segera membalas 'Hi,who's this?How did you knew my name?'. 'Well,cause' I reconize you. Of course I already knew your name. Ni Sofea lah'. Sofea membalas ringkas. Eddy yang tadinya sedang makan terus meninggalkan meja makan. Ibu bapanya hanya menggelengkan kepala melihatkat karenah anak bujang mereka yang semakin meningkat dewasa itu. Eddy meluru masuk ke biliknya.Lantas dia membalas mesej Sofea.

          Baru beberapa hari sahaja mereka berkawan,mereka telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih. Walaupun kenyataannya hubungan mereka hanya sekadar 'Teman Tapi Mesra'.Sofea memang sangat selesa berkongsi masalah dengan Eddy.Begitu juga dengan Eddy. Sofea menghadapi masalah keluarga dan juga kariernya.Tambahan pula,komitmennya di sekolah kini bertambah.Sofea juga merupakan 'Pelajar Harapan'. Memang sukar baginya untuk memikul amanah dan tanggungjawab tersebut.Begitu juga dengan Eddy,keluarganya begitu cemerlang dalam sukan Badminton.Ayahnya mahukan keluarga mereka meneruskan kesinambungan sukan Badminton seperti kejayaan yang diperoleh Keluarga Sidek.Setiap daripada ahli keluarganya harus menguasai sukan tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah Eddy apabila dia terpaksa berhadapan dengan desakan ahli keluarga kerana dia merupakan anak bongsu dan sentiasa menjadi harapan kepada keluarganya.



NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 2).

                        Sofea kembali ke tempat duduknya sambil tersenyum sampai ke telinga. Mukanya merah padam. Ruby yang juga merupakan teman sekelas Sofea merangkap Penolong Ketua Pengawas  sesi petang itu, mengusik Sofea."Hey,Pia.Kenapa muka merah padam tu. Ha..entah-entah baru lepas jumpa crush kot?"."Eh,mana ada lah. Pandai-pandai je buat cerita. Maybe sebab panas kot muka kita merah", Sofea cuba berdalih. "Pia.. Tak baik tipu tau. Bagi lah tau siapa mamat tu?Handsome tak?Pia..bagi lah tahu..", Ruby mencebik mukanya sambil memujuk Sofea supaya memberitahu 'Lelaki Misteri' tersebut."Oitt..mak cik! Sudah-sudah lah tu bersembang. Asyik memekak je daripada tadi". Amin Hafiz menyampuk,lantas memotong perbualan mereka.Amin Hafiz merupakan teman baik Sofea,hubungan mereka akrab bagaikan adik-beradik. Tambahan pula, mereka duduk bersebelahan dalam kelas."Pak Cik! Engkau tu pun sama. Asyik memekak je dalam kelas.Bingit telinga aku",Sofea membalas."Yelah,Pia. Kau menang",Amin menunjukkan sifat semula jadinya yang suka merajuk.

                           "Tumpang tanya ni Sofea ke?",satu suara menyapa Sofea dari belakang. Sofea menoleh dan lantas dilihatnya jejaka yang telah menambat hatinya. Sofea seakan kehilangan nafas buat seketika."Ya,saya",Sofea mejawab lembut."Ini name tag awak,cuba awak check nama. Kalau okey awak boleh ambil terus,kalau tidak kena alter  sikitlah". Eddy menghulurkan tanda nama tersebut kepada Sofea dengan  senyuman manis terukir di wajahnya. Sofea meneliti satu persatu huruf pada tanda nama tersebut. Tertera nama "SOFEA DEANA" sedangkan ejaan namanya yang betul ialah "SOFEA DIANA". Sofea bersuara,"Eh..Abang..Eh..Eddy..Err..Eddy..Aaa"."Ya,kenapa Pia?". Jantungnya bagaikan mahu luruh mendengar Eddy memanggilnya dengan nama manja Sofea dalam kalangan rakan-rakannya."Err..nama saya ni.Ejaannya D-I-A-N-A bukan D-E-A-N-A". Sofea memberanikan diri memberitahu ejaan sebenar namanya kepada Eddy."Maaflah ya, Sofea.Mereka ni careless lah masa check nama dalam list. Nanti Eddy suruh mereka betulkan". Eddy yang begitu komited dengan kerjanya segera kembali ke tempat di mana dia dan beberapa pengawas lain sedang menguruskan tanda nama."Perhatian kepada semua para pengawas,sila bersedia kerana acara raptai akan dimulakan sekarang".Puan Sheila membuat penguguman tersebut. Semua pengawas sudah bersedia dalam barisan masing-masing untuk meneruskan acara.

                                                                                                  * * * * * * * * * * * * * *

                                "Hari ni ayah kita kerja,tak dapat ambil. Boleh kita balik dengan Miza tak? Lagi pun kita ada benda nak story sikit ni. Private and confidential",Sofea berbisik kepada teman baiknya yang memang Sofea sangat percayai, iaitu Amiza. Amiza memang duduk di sebelahnya semenjak di Tingkatan Satu, tetapi guru kelas mereka telah memindahkan tempat duduk mereka sewaktu di Tingkatan Dua."Miza kenal tak abang tu?', Sofea menunding jarinya ke arah Eddy."Tak,kenapa Pia?",Miza seakan-akan binggung dengan soalan Sofea."Hehe.. Tak ada apa-apa lah, just tanya je kalau kenal."Sofea membalas dengan bersahaja."Kita tak kenal,cuma yang kita tahu..abang tu kelas 5S1",Miza cuba memberitahu apa yang terlintas di benaknya. "Laa..awat tak habaq awal-awal.Kakak angkat cet duduk dalam kelas tu la". Sofea cuba meniru dialek orang Utara. "Hmm..ni mesti ada apa-apa kan???",Miza cuba mendapatkan kepastian daripada Sofea. "Well,no comment. I like him. Huhu", Sofea membuat kenyataan berani."Wah,patutlah dari pagi tadi angau semacam je minah ni",Miza menyindir Sofea. Tetapi Sofea hanya mempedulikan gelagat Miza. Dalam hatinya cinta terhadap Eddy sudah mula berputik. Namun Sofea terus tertanya, adakah cinta pandang pertamanya terhadap Eddy akan berbalas?

Saturday, December 5, 2009

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 1).

                  "Kringggggg....", Loceng sekolah berdering menandakan berakirnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5. Sofea Diana Bt Sulaiman,pelajar Tingkatan 2M bergegas ke dewan sambil berlari-lari anak kerana takut dimarahi oleh Guru Pengawasnya. Hari tersebut merupakan acara raptai bagi Majlis Perlantikan Pengawas.Semua pengawas sesi petang dikehendaki menghadiri acara raptai tersebut. Tidak terkecuali Sofea yang juga dilantik sebagai Ketua Pengawas Sesi Petang atau Penolong Ketua Pengawas (II) untuk mengikuti acara raptai tersebut . Dia sedar akan tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya sebagai Ketua Pengawas Sesi Petang. Berdepan dengan karenah pengawas,pelajar dan guru yang tak pernah sudah. 
               
                 Sofea mengatur kemas langkahnya menuju ke dewan terbuka. Dia kelihatan agak tercungap-cungap kerana agak kepenatan sewaktu mahu bergegas ke dewan terbuka. Sofea menghela nafas panjang sambil duduk di dalam barisan pengawas-pengawas yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Pengawas bagi sesi petang. Sofea menoleh ke belakang sambil mengeluh kepada teman rapatnya Sabrina,"Fuhh,nasib baik sempat sampai,dah start ke Rina???". Sabrina mengelengkan kepala sambil berkata"Belum lagi,pengawas pun ramai tak sampai lagi. Macam mana nak mula. Tengok tu,cikgu pun boleh duduk rileks-rileks lagi". Sofea hanya tersenyum tanda lega.

                Sedang Sofea rancak bersembang bersama Sabrina. Terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. "Eh,tu suara Cikgu Rohayu kan? Kenapa pulak dia panggil Pia ni. Kejap ye Rina, Pia nak pergi kat cikgu sekejap'',Sofea merungut."Ok,pergilah dulu,nanti marah pula 'Nenek Tua' tu,hehe",Sabrina ketawa kecil. Sofea menuju ke arah Puan Rohayu yang merupakan Guru Disiplin dan juga bekas guru Matematiknya sewaktu di tingkatan satu. "Ya cikgu,boleh saya bantu?".Dia mengajukan soalan sambil kedua-dua matanya menatap terus ke dalam bebola mata wanita yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu."Oh,tak ada apa-apa Sofea. Saya cuma nak beritahu awak fasal name tag ni. Hari itu awak dah serahkan senarai nama pada Setiausaha Pengawas sesi pagi kan?Semua name tag dah siap. Cuma tinggal check nama betul atau tidak sahaja,ok?!",Puan Rohayu memberikan penerangan kepada Sofea."Baiklah cikgu,nanti kalau ada apa-apa saya informkan pada cikgu". Sofea meminta izin untuk kembali ke tempat duduknya. "Sofea...Tunggu sekejap! Lupa pula saya nak kenalkan awak pada Penolong Ketua Pengawas sesi pagi kita,namanya Abang Edriel. Kalau Sofea ada masalah tentang name tag,awak berhubung terus je dengan abang ni ya." Puan Rohayu memperkenalkan Sofea kepada seorang pengawas lelaki yang sederhana tingginya dan tertera nama "Edriel" pada tanda namanya. Sofea terpaku melihatkan kehadiran pengawas lelaki tersebut. Seolah-olah Sofea telah dipukau dengan pesona remaja  lelaki tersebut."Hi, saya Edriel. Panggil Eddy je". Sofea terpana seketika tanpa dapat melahirkan kata-kata."Err..emm..Hi!Sofea..Panggil Pia..hehe..bye!". Sofea terus beredar dengan wajah yang merah padam.Dalam hatinya,hanya tuhan sahajalah yang tahu."Ish,budak ni!Kurang asam betul. Boleh pula dia pergi macam tu sahaja", Puan Rohayu merungut.Eddy kembali melakukan tugasnya. Jauh di dalam sudut hatinya,dia juga terpana dengan kejelitaan serta gelagat Sofea.