"Tumpang tanya ni Sofea ke?",satu suara menyapa Sofea dari belakang. Sofea menoleh dan lantas dilihatnya jejaka yang telah menambat hatinya. Sofea seakan kehilangan nafas buat seketika."Ya,saya",Sofea mejawab lembut."Ini name tag awak,cuba awak check nama. Kalau okey awak boleh ambil terus,kalau tidak kena alter sikitlah". Eddy menghulurkan tanda nama tersebut kepada Sofea dengan senyuman manis terukir di wajahnya. Sofea meneliti satu persatu huruf pada tanda nama tersebut. Tertera nama "SOFEA DEANA" sedangkan ejaan namanya yang betul ialah "SOFEA DIANA". Sofea bersuara,"Eh..Abang..Eh..Eddy..Err..Eddy..Aaa"."Ya,kenapa Pia?". Jantungnya bagaikan mahu luruh mendengar Eddy memanggilnya dengan nama manja Sofea dalam kalangan rakan-rakannya."Err..nama saya ni.Ejaannya D-I-A-N-A bukan D-E-A-N-A". Sofea memberanikan diri memberitahu ejaan sebenar namanya kepada Eddy."Maaflah ya, Sofea.Mereka ni careless lah masa check nama dalam list. Nanti Eddy suruh mereka betulkan". Eddy yang begitu komited dengan kerjanya segera kembali ke tempat di mana dia dan beberapa pengawas lain sedang menguruskan tanda nama."Perhatian kepada semua para pengawas,sila bersedia kerana acara raptai akan dimulakan sekarang".Puan Sheila membuat penguguman tersebut. Semua pengawas sudah bersedia dalam barisan masing-masing untuk meneruskan acara.
* * * * * * * * * * * * * *
"Hari ni ayah kita kerja,tak dapat ambil. Boleh kita balik dengan Miza tak? Lagi pun kita ada benda nak story sikit ni. Private and confidential",Sofea berbisik kepada teman baiknya yang memang Sofea sangat percayai, iaitu Amiza. Amiza memang duduk di sebelahnya semenjak di Tingkatan Satu, tetapi guru kelas mereka telah memindahkan tempat duduk mereka sewaktu di Tingkatan Dua."Miza kenal tak abang tu?', Sofea menunding jarinya ke arah Eddy."Tak,kenapa Pia?",Miza seakan-akan binggung dengan soalan Sofea."Hehe.. Tak ada apa-apa lah, just tanya je kalau kenal."Sofea membalas dengan bersahaja."Kita tak kenal,cuma yang kita tahu..abang tu kelas 5S1",Miza cuba memberitahu apa yang terlintas di benaknya. "Laa..awat tak habaq awal-awal.Kakak angkat cet duduk dalam kelas tu la". Sofea cuba meniru dialek orang Utara. "Hmm..ni mesti ada apa-apa kan???",Miza cuba mendapatkan kepastian daripada Sofea. "Well,no comment. I like him. Huhu", Sofea membuat kenyataan berani."Wah,patutlah dari pagi tadi angau semacam je minah ni",Miza menyindir Sofea. Tetapi Sofea hanya mempedulikan gelagat Miza. Dalam hatinya cinta terhadap Eddy sudah mula berputik. Namun Sofea terus tertanya, adakah cinta pandang pertamanya terhadap Eddy akan berbalas?
No comments:
Post a Comment