Saturday, December 5, 2009

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 1).

                  "Kringggggg....", Loceng sekolah berdering menandakan berakirnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5. Sofea Diana Bt Sulaiman,pelajar Tingkatan 2M bergegas ke dewan sambil berlari-lari anak kerana takut dimarahi oleh Guru Pengawasnya. Hari tersebut merupakan acara raptai bagi Majlis Perlantikan Pengawas.Semua pengawas sesi petang dikehendaki menghadiri acara raptai tersebut. Tidak terkecuali Sofea yang juga dilantik sebagai Ketua Pengawas Sesi Petang atau Penolong Ketua Pengawas (II) untuk mengikuti acara raptai tersebut . Dia sedar akan tanggungjawab berat yang bakal dipikulnya sebagai Ketua Pengawas Sesi Petang. Berdepan dengan karenah pengawas,pelajar dan guru yang tak pernah sudah. 
               
                 Sofea mengatur kemas langkahnya menuju ke dewan terbuka. Dia kelihatan agak tercungap-cungap kerana agak kepenatan sewaktu mahu bergegas ke dewan terbuka. Sofea menghela nafas panjang sambil duduk di dalam barisan pengawas-pengawas yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Pengawas bagi sesi petang. Sofea menoleh ke belakang sambil mengeluh kepada teman rapatnya Sabrina,"Fuhh,nasib baik sempat sampai,dah start ke Rina???". Sabrina mengelengkan kepala sambil berkata"Belum lagi,pengawas pun ramai tak sampai lagi. Macam mana nak mula. Tengok tu,cikgu pun boleh duduk rileks-rileks lagi". Sofea hanya tersenyum tanda lega.

                Sedang Sofea rancak bersembang bersama Sabrina. Terdengar namanya dipanggil oleh seseorang. "Eh,tu suara Cikgu Rohayu kan? Kenapa pulak dia panggil Pia ni. Kejap ye Rina, Pia nak pergi kat cikgu sekejap'',Sofea merungut."Ok,pergilah dulu,nanti marah pula 'Nenek Tua' tu,hehe",Sabrina ketawa kecil. Sofea menuju ke arah Puan Rohayu yang merupakan Guru Disiplin dan juga bekas guru Matematiknya sewaktu di tingkatan satu. "Ya cikgu,boleh saya bantu?".Dia mengajukan soalan sambil kedua-dua matanya menatap terus ke dalam bebola mata wanita yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu."Oh,tak ada apa-apa Sofea. Saya cuma nak beritahu awak fasal name tag ni. Hari itu awak dah serahkan senarai nama pada Setiausaha Pengawas sesi pagi kan?Semua name tag dah siap. Cuma tinggal check nama betul atau tidak sahaja,ok?!",Puan Rohayu memberikan penerangan kepada Sofea."Baiklah cikgu,nanti kalau ada apa-apa saya informkan pada cikgu". Sofea meminta izin untuk kembali ke tempat duduknya. "Sofea...Tunggu sekejap! Lupa pula saya nak kenalkan awak pada Penolong Ketua Pengawas sesi pagi kita,namanya Abang Edriel. Kalau Sofea ada masalah tentang name tag,awak berhubung terus je dengan abang ni ya." Puan Rohayu memperkenalkan Sofea kepada seorang pengawas lelaki yang sederhana tingginya dan tertera nama "Edriel" pada tanda namanya. Sofea terpaku melihatkan kehadiran pengawas lelaki tersebut. Seolah-olah Sofea telah dipukau dengan pesona remaja  lelaki tersebut."Hi, saya Edriel. Panggil Eddy je". Sofea terpana seketika tanpa dapat melahirkan kata-kata."Err..emm..Hi!Sofea..Panggil Pia..hehe..bye!". Sofea terus beredar dengan wajah yang merah padam.Dalam hatinya,hanya tuhan sahajalah yang tahu."Ish,budak ni!Kurang asam betul. Boleh pula dia pergi macam tu sahaja", Puan Rohayu merungut.Eddy kembali melakukan tugasnya. Jauh di dalam sudut hatinya,dia juga terpana dengan kejelitaan serta gelagat Sofea.

              

1 comment:

  1. liana tak sabar-sabar untuk tau citer penuh...xleh cepatkan ke?

    ReplyDelete