Sofea yang masih lagi tercungap-cungap,mucul di ambang pintu makmal tersebut. Sofea memberi salam dan mengetuk pintu makmal tersebut yang dicat dengan warna coklat tua."Waalaikumussalam. Ya,Sofea. Ada apa?" Puan Sheila yang sedang rancak mengajar terhenti seketika."Cikgu, boleh saya jumpa dengan Kak Salwa sekejap?".Sofea berlagak yakin khalayak kelas 5S1.Matanya meliar memandang sekeliling makmal itu. Dia ingin mencari jejaka yang telah menambat hatinya itu.Tidak lama kemudian mucul Kak Salwa diambang pintu."Ha,cari siapa tu,dik?".Kak Salwa mengajukan soalan kepada Sofea."Ni yang adik susah sikit nak cakap ni kak.Hal peribadi.Antara hidup dan mati."Sofea mengucapkan kata-katanya dengan nada tegas."Bunyi macam serius je dik.Adik sakit ke?Ada apa-apa yang boleh akak bantu adik?",Kak Salwa mengerutkan dahinya."Memang adik sangat-sangat perlukan bantuan akak.Boleh akak tolong adik dapatkan nombor telefon Abang Eddy."Sofea akhirnya jujur."Oh,kenapa tak beritahu akak awal-awal.Akak tak ada nombor dia.Tapi akak boleh tolong minta kan nombor daripada dia sendiri."Kak Salwa memberi harapan kepada Sofea."Kak,Abang Eddy tak datang ke hari ini?"."Ooo..Eddy demam.Ni kenapa tanya?Mesti adik ada hati dekat Eddy kan?",Kak Salwa cuba memerangkap Sofea."Ish,Kak Wa ni!ke situ pulak dia. Mana ada,adik nak berkenalan je. Tapi kasihankan dia demam".Sofea menunjukkan riak emosi simpati."Pheweet...."Kak Salwa menyindir."Dahlah akak ni pergi masuk dalam,pergi belajar!".Sofea mencebik muka dan terus beredar dari makmal itu.
* * * * * * * * * * * * *
"Tingg...tingg..tingg".Bunyi telefon bimbit Sofea mengejutkannya daripada tangisannya itu. Sofea sebenarnya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan kariernya sebagai pelakon atau pun tidak. Dia menjadi tidak keruan selepas membaca artikel yang diberikan oleh Amin mengenai 'Planet Nibiru' dan kiamat. Sofea menjadi separuh waras,meracau bagai dirasuk iblis. Memikirkan amal ibadatnya yang tidak pernah cukup. Namun begitu,mesej yang baru sahaja diterimanya itu amat menggembirakan Sofea. Dia menerima mesej daripada Kak Salwa yang mengandungi nombor telefon Eddy. Dia segera menghantar SMS tanda terima kasih yang tidak terhingganya kepada Kak Salwa. Sejurus kemudian, dia mengambil keputusan untuk meghantar mesej sulungnya kepada Eddy. Lelaki pujaan hatinya. 'Hi,Eddy,still remember me?'.Eddy yang sedang makan merasakan seperti poket seluarnya bergetar.Dia segera mengeluarkan telefon bimbit canggihnya itu dari poket seluar berjenama Quicksilver itu. Eddy segera membalas 'Hi,who's this?How did you knew my name?'. 'Well,cause' I reconize you. Of course I already knew your name. Ni Sofea lah'. Sofea membalas ringkas. Eddy yang tadinya sedang makan terus meninggalkan meja makan. Ibu bapanya hanya menggelengkan kepala melihatkat karenah anak bujang mereka yang semakin meningkat dewasa itu. Eddy meluru masuk ke biliknya.Lantas dia membalas mesej Sofea.
Baru beberapa hari sahaja mereka berkawan,mereka telah mengisytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih. Walaupun kenyataannya hubungan mereka hanya sekadar 'Teman Tapi Mesra'.Sofea memang sangat selesa berkongsi masalah dengan Eddy.Begitu juga dengan Eddy. Sofea menghadapi masalah keluarga dan juga kariernya.Tambahan pula,komitmennya di sekolah kini bertambah.Sofea juga merupakan 'Pelajar Harapan'. Memang sukar baginya untuk memikul amanah dan tanggungjawab tersebut.Begitu juga dengan Eddy,keluarganya begitu cemerlang dalam sukan Badminton.Ayahnya mahukan keluarga mereka meneruskan kesinambungan sukan Badminton seperti kejayaan yang diperoleh Keluarga Sidek.Setiap daripada ahli keluarganya harus menguasai sukan tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah Eddy apabila dia terpaksa berhadapan dengan desakan ahli keluarga kerana dia merupakan anak bongsu dan sentiasa menjadi harapan kepada keluarganya.
No comments:
Post a Comment