Saturday, December 19, 2009

NOVEL:KOTAK HATI.(BAB 4).

                    Angin bulan Mei menghembus ke segenap pelusuk kelas 2M. Sofea  sedang asyik terhendap-hendap melihat kawasan pagar sekolah dari tempat duduknya di dalam kelas. Kebetulan kelasnya terletak betul-betul menghadap kawasan pintu masuk sekolah tersebut. "Pia, skodeng siapa tu? Cari Abang Eddy ke?",Farisha Allysa bersuara. "Mana ada lah Farisha. Kita just tengok budak-budak sesi pagi balik. Mana lah tahu. Untung-untung boleh nampak My Charming Prince ke?hehe." Sofea berjenaka."Ok,ok. Kita doakan."Farisha membalas dengan lembut. Farisha merupakan teman baik kepada Ruby Melinda. Mereka diibaratkan seperti belangkas. Di mana ada Ruby, di situ ada Farisha."Pia, Farisha! Buat apa tu? Kutuk kita eh? Cikgu dah masuklah. Jangan bersembang lagi",Ruby mencelah. "Baiklah Cik Puan Ruby!",Sofea dan Farisha menjawab serentak.
                  
                                                                                ***************************************

                       "Pia, kau serius ke dengan si Eddy tu? Kau tahu tak cerita pasal kau dengan Eddy dah tersebar dekat semua pengawas. Aku rasa Puan Sheila pun dah start syak something", ujar Safina Mahatzir."Ya,ke?". Sofea yang sedang khusyuk menjamah nasi lemak itu seakan tersentak."Fina,mana kau tahu ni?Fina tolonglah aku. Aku memang betul-betul serius dengan dia tapi aku tak nak sampai cikgu-cikgu pun tahu pasal aku dan Eddy".Sofea menjawab dengan kesal."Tu lah... Siapa suruh hari-hari datang sekolah awal-awal sebab nak tengok Eddy, kan cikgu dah syak",sindir Safina."Laa... Hari-hari aku datang sekolah awal pun aku pergi library apa? Bukan aku terhegeh-hegeh cari Eddy. Just tengok dari jarak jauh je",balas Sofea dengan selamba sambil tersengih."Apa-apa aje lah minah ni.By the way, Majlis Sambutan Hari Guru nanti, Badan Pengawas yang uruskan kan?"Safina bertanyakan Sofea soalan tersebut dengan wajah yang benar-benar ingin tahu."I think so. Yahoo! Boleh aku bekerjasama dengan Eddy nanti. I like!", Sofea teruja. "Krrrrinnngggg...",loceng rehat pelajar-palajar Tingkatan 2 berbunyi, menghentikan perbualan mereka berdua.

                                                     *********************************

              "Pia..Nanti kau buat persembahan tak masa Hari Guru tu?"Farah Sabri bertanya kepada Sofea."Ermm.. Aku rasa ya kot.Tapi mungkin aku seorang sahajalah",Sofea menerangkan dengan muka penuh bersemangat."Yes.. dapat juga aku dengar kau bersajak nantikan. Sajak penuh emosi untuk 'EDDY'  kesayangan kau tu!Hehe..".Farah memerli Sofea.Mereka berdua hanya tertawa dengan jenaka Farah tersebut."Sayangku,berdua... Korang ingat tau,esok ada perjumpaan pengawas dekat kantin sebelum waktu sekolah,"Safina mencelah. "Alright!" Sofea dan Farah menjawab serentak. "Tapi kan korang..aku ada benda nak cakap sikit ni. Eddy...Suruh aku kenakan classmate dia..Someone yang dia anggap namesis dia.. Nama budak tu Zayrul Elfy. Dia suruh aku menyamar jadi budak sekolah lain. Then, goda si Zayrul tu,lepas tu hancurkan perasaan dia.Help me!Please.. I don't know what to do?",Sofea merayu memohon pertolongan teman-temannya."Eh! tu bukan ke Tukang Karut Sekolah kita kan?,"Farah terfikir sejenak."Aku tak tahu Pia.No comment. Suka hati kaulah,Pia..."Safina hanya menggelengkan kepalanya.
                             
                                              ***************************************
                    "Okey, itu sahaja untuk hari ini. Abang Ezzad rasa, tak ada apa-apa lagi nak tambah kot.Erm...Cuma Pia pergi ambil senarai nama pengawas sesi petang pada Abang Eddy. Dia ada di bilik pengawas".Sofea hanya menurut arahan Ketua Pengawas sesi pagi tersebut.Sofea mengatur langkahnya menuju ke bilik pengawas.Dia muncul di ambang pintu. Akan tetapi langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Eddy yang berada dalam bilik tersebut bersama-sama beberapa orang pengawas lain.Dia segera menyembunyikan diri di celah pintu.Dia merasakan dirinya seperti di awang-awangan."Hi.."..Eddy menyapa Sofea dari celah tingkap."Hi,dear.."Eddy bersuara lagi.Tetapi kelihatannya tiada respon daripada Sofea. Sofea begitu asyik sekali mengelamun."Hello...sayangku...!".Eddy cuba berbisik di telinga Sofea. Sofea menoleh ke belakang dan dilihatnya jejaka idamannya di depan mata."Whoa..I'm sorry.. I didn't noticed you were here just now. I'm so sorry.Anyway, Abang Ezzad asked me to take the prefects name lists from you".Sofea malu-malu kucing.Begitu juga dengan Eddy."Ok,here you have it! Anything else?"Eddy menghulurkan senarai nama tersebut kepada Sofea.Mereka berdua hanya tersenyum,tertawa sambil menatap mata masing-masing. Perasaan yang tidak pernah dirasai mereka sebelum ini.
                          
                  

1 comment:

  1. hai citer yang menarik..y dont u send it to any majalah or newspaper? bagus coz sentuh perasaan...

    ReplyDelete